Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kedai rakyat 1Malaysia semakin mendapat sambutan

 | July 31, 2012

Jualan setiap kedai melebihi RM20 ribu setiap hari

PETALING JAYA: Sejak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pertama dilancarkan pada 22 Jun tahun lepas, kewujudan premis itu ditunggu-tunggu oleh penduduk seluruh negara.

Rata- rata penduduk mahukan sekurang-kurangnya sebuah premis KR1M di kawasan berhampiran mereka.

Sebanyak 85 buah KR1M dijangka dibuka di seluruh negara sehingga akhir tahun ini, berikutan sambutan memberangsangkan daripada pengguna terhadap kedai itu yang menawarkan harga barangan pada kadar rendah.

Antara faktor penarik pembeli ke KR1M ialah barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi meringankan beban pengguna berpendapatan rendah untuk menikmati produk yang sama dengan harga lebih murah.

Sebanyak 250 jenis barangan telah dijenamakan dengan jenama KR1M dan akan ditambah dari masa ke semasa.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pasaraya Mydin bertanggungjawab untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir sistem ‘Points of Sales’.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menyasarkan setiap daerah atau kawasan parlimen di setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai seumpama itu.

“Untuk mencapai sasaran itu, pihak kami akan memastikan penubuhan lima cawangan KR1M setiap bulan. Sehingga kini, jualan 36 buah KR1M di seluruh negara melebihi RM20,000 sehari,”katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments