Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Wakil BN sokong reformasi AP

 | July 31, 2012

Dasar Automatif Kebangsaan (NAP) sedang mengkaji perkara itu tetapi membayangkan ia sukar untuk dilaksanakan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan setuju dan menyokong supaya sistem pemberian permit yang diluluskan (AP) direformasikan.

Beliau berkata, Dasar Automatif Kebangsaan (NAP) sedang mengkaji perkara itu tetapi membayangkan ia sukar untuk dilasanakan.

“Saya setuju AP direformasikan tetapi ia tidak mudah untuk dilaksanakan kerana memberi banyak kesan.

“Kita mesti melihat kesan kepada pendapatan negara, kerana kalau pendapatan negara berkurangan bagaimana hendak memberi berbilion ringgit kepada rakyat.

“Bagaimana cara kita hendak melaksanakan sistem AP yang terbaik untuk negara kita. Kita juga kena mengambil kira pekerja-pekerja industri otomatif ini.

“Bercakap memang mudah tetapi hendak melaksanakannya yang susah, seperti mereka pergi ke Sabah janji bulan bintang,” kata beliau.

Rafidah malas nak komen

Manakala bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz enggan mengulas cadangan tersebut.

“Saya malas nak komen…saya pun tak baca perkara itu.

“Kena tanya menterilah (Datuk Seri Mustapa Mohamed),” kata Rafidah ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanaan bida terhadap AP.

Cadangan itu membolehkan kerajaan memperolehi RM2.8 bilion bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.

PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat Rafizi percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments