Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Bekalan air untuk 11 kawasan

 | August 1, 2012

Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan.

SHAH ALAM: Exco negeri Selangor Ronnie Liu berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu akan menghantar bekalan air menggunakan lori tangki ke 11 kawasan yang mengalami masalah air.

Kawasan-kawasan terlibat adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Dua kawasan di Seri Kembangan di bawah pentadbiran MPSJ manakala sembilan kawasan lain di Balakong di bawah MPKj.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dan kos ini kita akan minta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bayar sebab mereka tak jalankan tugas dengan efisien.

“Bukan itu sahaja, berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong mendapati hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran itu dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau menjelaskan tindakan itu menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan.

“Banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakannya tidak mempunyai pam air dan motor telah rosak, bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, beliau menggesa Syabas mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas kerana sumber air sangat penting dalam kehidupan seharian.

“Esok PBT akan buat laporan polis berhubung sikap lepas tangan Syabas terhadap kolam air yang terbiar ini.  Kita bimbang ada pihak yang cuba sabotaj dengan tuang racun atau apa sahaja di kawasan kolam air yang tidak berpagar ini.

“Mereka (Syabas) sepatutnya ganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments