Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Filem dikawal LPF

 | August 2, 2012

Justeru itu persoalan samada ada sesebuah karya filem itu akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak tidak wujud, kata pengerusi Seniman, Zed Zaidi.

PETALING JAYA: Filem dikawal oleh peraturan – peraturan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Justeru itu, kemungkinan sesebuah karya filem yang sensitif ditayangkan tidak akan berlaku.

“Kita ada LPF yang akan menyekat sekiranya menyentuh isu politik , agama kaum dan sebagainya.

“Tanda Putera ialah filem kemerdekaan. Kalau filem ini telah melepasi tapisan  LPF, maka sesuailah…

“Penggiat filem bebas berkarya dengan garis panduan LPF,” kata pengerusi Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jalil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan filem arahan Shuhaimi Baba, Tanda Putera yang akan dilancarkan sempena dengan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-55.

Filem yang dibintangi Rusdi Ramli dan Zizan Nin ini menjadi isu hangat berikutan adanya episod yang memaparkan punca sebenar yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa hitam 13 Mei

Tanda Putera mengisahkan mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Beliau turut menambah bahawa Tanda Putera menjadi sensitif kerana musim pilihanraya.

“Mungkin ia lebih sensitif kerana pilihan raya umum dah dekat.

“Waktu ini semuanya boleh dipolitikkan,”

Zed Zaidi turut menegaskan bahawa kaedah sesuatu mesej hendak dibawa kepada masyarakat bergantung kepada pengarah atau pihak yang menghasilkan karya tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments