Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kadar Indeks Pencemaran Udara tidak banyak berubah

 | August 2, 2012

Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang , bagaimanapun, mencatatkan penurunan.

PETALING JAYA: Statistik Jabatan Alam Sekitar setakat jam 11 pagi tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan kualiti udara yang sederhana, tidak banyak berubah daripada keadaan semalam.

Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang mencatatkan penurunan daripada semalam. Semalam, kualiti udara di kedua-dua tempat berada dalam keadaan tidak sihat dengan bacaan IPU 102 dan 101, berbanding hari ini 72 dan 80. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh hujan lebat pada awal pagi tadi.

Lain- lain tempat tidak banyak menunjukkan perubahan, walaubagaimanapun terdapat sedikit penurunan dicatatkan di kebanyakkan lokasi, namun kualiti udara masih berada dalam kategori sederhana.

Bacaan IPU semakin menurun dan mencatatkan kualiti udara yang baik di Paka, Terengganu (50) berbanding semalam (56).

Tiada lokasi yang mencatatkan bacaan udara tidak sihat.

Orang ramai dinasihati untuk membanyakkan meminum air masak dan memakai topeng muka serta kurangkan aktiviti di luar rumah jika kualiti udara bertambah buruk. Jangan lakukan pembakaran di tempat terbuka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments