Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Lagu perlu bersifat sejagat berdasarkan identiti kebangsaan

 | August 2, 2012

Ketika ini kemasukan lagu dan penyanyi asing tidak dikawal, kata Seniman.

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia atau Seniman menjelaskan bahawa lagu perlu bersifat universal berdasarkan identiti kebangsaan.

“Kemasukan lagu dan penyanyi asing tanpa kawalan menyebabkan kekeliruan (berlaku),” kata pengerusi Seniman, Rozaidi Jamil yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa irama Janji Ditepati mempunyai persamaan dengan lagu gereja Kristian di Indonesia.

Lagu gereja tersebut dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi Krisitian True Worshippers dan menampilkan penyanyi terkemuka Indonesia, Ruth Sahanaya.

Bagaimanapun Zed Zaidi tidak melihat isu persamaan irama ini sebagai isu besar.

“Mungkin secara kebetulan iramanya seolah-olah sama.

“Penggiat seni akan faham kelainannya,” kata Zed Zaidi yang telah berlakon dalam drama bersiri Sembilu dalam pertengahan tahun 2006.

Sementara itu penulis lirik Awan Nano Hasmi Hashim yang tidak menolak kemungkinan persamaan wujud di dalam dunia seni.

“Saya tidak tahu sama ada komposer menciplak tapi memang tak mustahil untuk irama seiras,” kata Hasmi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments