Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

‘Tidak salah Pakatan sambut merdeka sendiri’

 | August 2, 2012

Dr Nik Ahmad Kamal berkata, Janji Ditepati bukan milik BN semata-mata tetapi milik semua orang.

PETALING JAYA: Pensyarah UIA, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik  Mahmood berkata, tidak menjadi kesalahan untuk Pakatan Rakyat boleh menyambut hari merdeka dengan cara sendiri.

“Sebagai rakyat, tidak salah untuk menyambut merdeka dengan pelbagai cara.  Pemerintah menyambut dengan cara mereka, pembangkang dengan cara sendiri.

“Kalau buat berasingan pun tidak mengapa,” tambah beliau.

Dr Nik Ahmad Kamal  berkata, Janji Ditepati bukan milik BN semata-mata tetapi milik semua orang.

“Makna itu umum. Siapa berjanji kena ditepati. Tetapi kerana Janji Ditepati lebih dekat dengan Satu Malaysia maka orang menganggap ia milik  BN,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun, Umno mendakwa tema merdeka Pakatan Rakyat “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” untuk memecahbelahkan rakyat dan negara .

`Agenda pecah belahkan…’

“Mengapa menolak tema sambutan hari merdeka kerajaan dan menggunakan tema sendiri.

‘Mereka ada agenda sendiri iaitu memecahbelahkan perpaduan. Selama ini mereka  kata akur dengan kerajaan, hanya cakap kosong.

“Agenda pembangkang ini boleh memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara,” kata Ketua Umno Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian.

ADUN Nusa Jaya itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pakatan Rakyat menggunakan tema sendiri  – Sebangsa, Senegara, Sejiwa – bagi sambutan perayaan hari merdeka tahun ini.

Pakatan Rakyat mendakwa tema Janji Ditepati merupakan kempen BN. Bagaimanapun, penganjur mempertahankan tema itu.

Manakala ADUN Sungai Udang di Melaka, Datuk Yaakub  Md Amin  berkata, Pakatan Rakyat menggunakan tema sendiri untuk mengelirukan orang ramai dan mengambil peluang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” Pakatan Rakyat itu mengarut, kosong belaka,” kata beliau.

Yaakub berkata, adalah kerja Pakatan Rakyat untuk memecah belahkan masyarakat dan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai matlamat.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments