Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Zam: Kebebasan media tidak adil

 | August 2, 2012

Kata bekas Menteri Penerangan itu, akhbar bahasa Malaysia dan Inggeris menghadapi tekanan dari masyarakat dan kerajaan.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa akhbar-akhbar bahasa Cina menikmati kebebasan yang cukup luas berbanding dengan akhbar bahasa Malaysia dan Inggeris.

Bekas pemimpin Umno itu menganggap ia satu ketidakadilan.

“Yang menghadapi tekanan dari kerajaan dan masyarakat Malaysia ialah akhbar-akhbar bahasa Malaysia dan Inggeris.

“Akhbar-akhbar Cina bebas sebebasnya, bebas mengkritik kerajaan, menidakkan kebenaran, mengelirukan fakta, tidak perlu menimbang perasaan kaum lain, tidak perlu beretika dan tidak perlu  menghormati perkara-perkara dalam sosial kontrak yang telah dipersetujui bersama dengan kaum-kaum lain,” kata Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam dalam blognya hari ini.

Bekas menteri kabinet itu mendakwa, akhbar-akhbar berbahasa Cina bersuara berani kerana percaya mereka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa dibaca  oleh seluruh rakyat Malaysia.

`Terpilih’

Katanya, akhbar berkenaan dibaca oleh  orang Cina dan segelintir bukan Cina seperti pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak cekap dan tidak bagitu memahami manipulasi akhbar.

Ini berbanding dengan akhbar Bahasa Melayu dan akhbar Bahasa Inggeris yang bersifat nasional, dibaca oleh semua kaum di negara ini.

“Akhbar Cina tidak dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib atau Menteri Dalam Negeri atau lain-lain menteri Melayu.

“Tidak seperti Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng yang setiap hari dapat membaca secara langsung Utusan Malaysia.

“Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim hanya mendapat terjemahan akhbar Cina  dalam perkara-perkara yang” terpilih” sahaja, dan itu pun bergantung kepada kerajinan, sensitiviti, ketajaman politik dan dedikasi pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

“Apapun tidaklah sama dengan membacanya pada setiap hari,” tambah Zam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments