Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Ditipu, ditangkap, dirotan dan dipenjara’

 | August 3, 2012

Indra yang berasal Kabupaten Meranti, Riau mengaku ditipu agen pekerja Malaysia yang menjanjikan boleh mendapat pemutihan di Malaysia.

PETALING JAYA: Pekerja Indonesia yang ditangkap dan dipenjarakan di Malaysia mendakwa diberikan makanan basi serta dirotan.

Perkara ini dinyatakan  Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, semalam.

Mereka kata Moh Jumhur termasuk wanita dihantar pulang dari Malaysia kerana bekerja secara haram  atau telah melebihi tempoh had  tinggal.

Seorang pekerja dari Jawa Timur memberitahu beliau  ditangkap dalam operasi setelah tiga tahun bekerja di ladang sawit.

“Saya ke Malaysia menggunakan pasport umum dari Pelabuhan Tanjung Balai. Sebelum dipulangkan terlebih dulu saya masuk penjara dan dikenakan rotan,” kata  Sugiantoro seperti dilaporkan detik.com.

Ditipu agen

Manakala, Indra yang berasal Kabupaten Meranti, Riau mengaku  ditipu agen pekerja Malaysia yang menjanjikan boleh  mendapat pemutihan di Malaysia.

Katanya, beliau sudah membayar RM200  seminggu sehingga  RM3,000 tetapi  ternyata agen membawa polis untuk menangkapnya.

Herlina yang sudah dua tahun bekerja di kilang roti di Kelang terkena operasi  dan ditangkap pihak imigresen Malaysia selama dua bulan.

Dia juga kena tipu dengan memberikan wang seribu ringgit.

“Saya masuk penjara dan hanya diberi makan sayur dan ikan yang basi,” keluh Herlina.

Moh Jumhur menawarkan kepada mereka untuk mengurus seluruh dokumen berkaitan pekerjaan secara resmi.

“Kalau diproses secara resmi, apa masih ingin  lagi ke Malaysia?” tanya Jumhur.

Mereka  menjawab mahu.

“Jangan menjadi pekerja haram,” kata Moh Jumhur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments