Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Biro peneroka jangka suntikan `gergasi’ untuk FGV

 | August 4, 2012

Jika tidak ada suntikan gergasi, peneroka akan marah kerana merasakan mereka telah tertipu, kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

PETALING JAYA: Biro Peneroka PKR menjangka kerajaan akan membuat suntikan besar-besaran ke atas Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) bagi menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum 13.

“Suntikan `gergasi’ itu akan dibuat kerana kerajaan bimbang peneroka Felda akan mengundi pembangkang. Sudah ada tanda-tanda peneroka marah kepada kerajaan kerana FGV hanya indah khabar dari rupa.

“Peneroka marah kerana sejak penyenaraian FGV lebih sebulan lalu, mereka hanya mendapat keuntungan 60 bagi seunit saham.

“Pada hari penyenaraian FGV 28 Jun lalu, harga seunit ialah RM4. 55, manakala semalam ialah RM5. 10. Kadar ini masih rugi kerana peneroka terpaksa membayar pelbagai kos kepada FGV.

“Jika tidak ada suntikan gergasi, peneroka akan marah kerana merasakan mereka telah tertipu,” kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

Bagaimanapun, Suhaimi berpendapat, FGV jauh panggang dari api untuk menempa keuntungan berikutan keengganan korporat luar negara melabur modal.

`Omong kosong’

Katanya, FGV masih bergantung harap kepada pelaburan tempatan terutama agensi-agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji.

“Tanpa pelaburan asing, FGV sukar untuk mengaut keuntungan dalam jangka panjang. Saya bimbang akan mengalami nasib seperti KUB dan amanah-amanah saham di beberapa negeri yang mengalami kerugian besar.

“Kononnya saham FGV akan menjadi lebih besar dari Facebook nampaknya akan menjadi omong-omong kosong saja,” tambah Suhami.

Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara ditawarkan 800 unit saham seorang dengan harga RM4.55 seunit.

Bagaimanapun, penyenaraian FGV ini tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF).

Manakala beberapa kerajaan negeri turut tidak menyerahkan tanah milik mereka kepada FGV.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments