Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hanuman: Suara Hati – Bahagian 51

 | August 4, 2012

Maharishyi Valmiki terus-menerus tekun mencatatkan segala butir perbincangan.

“Sudah setahun kami berdua berusaha menebus dosa kami. Belum terampun lagikah diri kami?” Rama memandang ketiga-tiga maharishyi berpakaian serba jingga itu.

Maharishyi Kala memandang kejauhan. Seperti cuba menelaah hembusan bayu dan sinaran cahaya matahari.

“Belum.”

Sita mengeluh. Dipandangnya Rama yang masih kelihatan sasa pada usia yang kian menghampiri separuh abad. Sita sendiri masih seperti dahulu; ramping dan awet muda. Cuma sehelai dua rambutnya mula berubah warna.

“Kami tinggalkan takhta kerajaan. Kami berpuasa lima purnama. Kami juga cuba menemui Anjathi Devi untuk memohon ampun. Tapi khabarnya dia sudah meninggal dunia. Kami menyucikan diri di Sungai Gangga. Kami lakukan pooja saban hari di kuil Vishnu. Kami berzikir setiap malam.”

Rama mengeluh. Menggeleng. Memejamkan mata. Air matakah itu di kelopak matanya?

“Itu sahaja?” tanya Maharishyi Kaswa sementara Maharishyi Valmiki terus-menerus duduk membisu sambil tekun mencatatkan segala butir perbincangan.

“Ya. Itulah sahaja arahan Bibasenam.”

Maharishyi Kala dan Maharishyi Kaswa berbalas pandangan. Masing-masing kurang faham mengapa agaknya dosa Rama dan Sita belum terampun; kalau benar mereka berdua sudah melakukan segala apa yang diarahkan oleh Bibasenam. Masakan Bibasenam tersilap memberikan arahan.

“Aneh. Jika begitu, mengapa tiada lagi utusan pengampunan?” Diamatinya lagi gerak angin dan sinar mentari. Mencari kalau-kalau perutusan pengampunan sudah sampai.

“Adinda menyesal, kanda.” Seketika Sita melupakan kehadiran ketiga-tiga maharishyi itu di hadapannya. “Masakan dosa kita terlalu besar sehingga tidak mungkin diberi pengampunan sampai bila-bila.”

Rama meredakan tangisan isterinya.

“Bertenanglah, adinda. Tuhan Maha Pengampun. Kita sudah menyesali tindakan bodoh kita. Kita insaf. Sekarang terpulanglah kepada Dewata untuk sama ada mahu memaafkan atau tidak segala dosa kita.”

Maharishyi Kala mentafsir lagi suara angin. Kemudian mengeluh. Maharishyi Kaswa pula mengusap-usap janggutnya sambil membetulkan kedudukan di bawah pokok bodhi.

“Mungkin juga tempoh setahun belum memadai untuk menebus dosa kalian sehabis-habisnya.”

Maharishyi Kala dan Maharishyi Valmiki memandang Maharishyi Kaswa. Rama dan Sita turut memandangnya. – Bersambung esok

Baca juga:

Bahagian terdahulu

Novel “Panchayat: Edisi Khas” karya Uthaya Sankar SB akan terbit pada Ogos 2012.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments