Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kes saman oleh Syabas bukan batu penghalang

 | August 4, 2012

Dalam bulan Februari 2008, kerajaan Persekutuan sendiri menawarkan pilihan untuk kerajaan Selangor menguruskan air sendiri.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP menafikan bahawa kes mahkamah yang difailkan Syabas dua tahun lalu menjadi batu penghalang.

“Kes itu bukan batu penghalang.

“Dalam bulan Februari 2008, kerajaan Persekutuan sendiri menawarkan pilihan untuk kerajaan Selangor menguruskan air sendiri.

“Bagaimanapun mereka berdolak dalih setelah Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor dalam bulan Mac 2008,” kata Santiago.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa kes mahkamah yang difailkan oleh Syabas terhadap kerajaan Selangor yang tidak bersetuju menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Santiago  menjelaskan kerajaan Selangor tidak menyetujui kenaikan harga tarif.

“Perjanjian perlu holistik dan mengambil kira kepentingan penduduk.

“Syabas bukan saja melanggar perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan Selangor malah bercanggah dengan syarat Perbendaharaan apabila mereka mengimport paip dari Indonesia,” kata Santiago.

Krisis buatan

Laporan Bernama turut memetik Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai berkata bahawa kenyataan berkenaan air dikeluarkan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya yang kelihatan bercanggah.

Santiago berkata perkembangan terbaru meyakinkan beliau lagi bahawa krisis air yang diwar-warkan oleh kerajaan persekutuan ialah krisis buatan.

Berkenaan kenyataan bercanggah, Santiago yang turut menganggotai Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) berkata bahawa kepimpinan Selangor terkeliru antara frasa air terawat dan bekalan air mentah.

Santiago turut menjelaskan dakwaan KeTTHA bahawa Selangor tidak pernah memajak aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.

“Terdapat 34 pusat rawatan air. Dari jumlah tersebut, 30 dimiliki Selangor dan dipajak kepada syarikat perawat.”

“Sumber air mentah masih dimiliki kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa CAWP akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Syabas pada hari Khamis ini untuk mendapatkan data-data terperinci yang menyahihkan samada krisis air Selangor akan berlaku.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments