Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pemimpin Sabah tidak puas hati sejak 2008

 | August 4, 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.

PETALING JAYA: Bibit-bibit tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat susah mula tercetus sejak pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.

“Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi.

“Bincang dengan mereka…selesaikan awal-awal,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Walaupun,  Sabah memberi kemenangan besar kepada BN tetapi  Pusat tidak melayannya dengan baik, tambah beliau.

Bagaimanapun,  Dr Mohd Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas hati atau pun marah kepada Pusat.

“Orang Melayu marah kerana isu pendatang asing tidak diselesaikan. Mereka merasa pendatang asing ini telah merampas hak-hak mereka.

“Orang Kadazan pula mahukan jawatan Ketua Menteri sebagaimana  era pemerintahan Tan Sri Pairin Kitingan.

“Mereka marah kerana penggiliran jawatan Ketua Menteri sudah ditiadakan,” katanya lagi.

Jawatan Ketua Menteri kini disandang oleh Datuk Seri Musa Aman dari Umno.

Isu pembangkang lebih menarik
Dr Mohd Azizuddin menambah, pembangkang telah membentangkan isu-isu yang lebih menarik minat orang Sabah.

Katanya, isu seperti pemberian royalti minyak dan ekonomi diterima oleh orang Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata masih awal untuk mengatakan Sabah akan membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi jika lebih ramai lagi pemimpin Sabah keluar BN, ini bermakna negeri itu bukan lagi simpanan tetap kepada BN.

“Saya nampak gelombangnya sudah ada tetapi masih awal untuk melihat hasilnya,” tambah Dr Mohd Azizuddin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua pemimpin BN Sabah – Datuk  Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri  Wilfred Bumburing – meninggalkan parti itu.

Lajim merupakan ahli Parlimen Beaufot dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Wilfred adalah ahli Parlimen Tuaran.

Senator Datuk Maijol Mahap juga mengisytiharkan keluar BN hujung minggu lalu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments