Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kelantan akan teruskan saman

 | August 5, 2012

Kita tidak akan menarik balik saman ke atas Petronas dan prosidingnya akan didengar pada Oktober ini, kata Husam Musa.

SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata tindakan undang-undang tetap diteruskan terhadap Petronas bagi menuntut royalti minyak ke atas negeri itu.

“Kita tidak akan menarik balik saman ke atas Petronas dan prosidingnya akan didengar pada Oktober ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran tabung Lebuh Raya Rakyat Kuala Krai ke Kota Bharu di Kompleks Media Karangkraf, di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum ke atas Kelantan, beliau menyifatkan tindakan sedemikian masih samar.

Beliau mendakwa pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu semalam hanya langkah politik menjelang pilihanraya memandangkan perkara itu hanya akan ditentukan dalam tempoh enam bulan daripada sekarang.

“Adakah Barisan Nasional (BN) menggunakannya sebagai ‘jambatan’ untuk menyeberangi pilihan raya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

Samar-samar

“Jelas dari inti pati kenyataan Najib berkenaan, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan turut mempersoalkan tempoh Jawatankuasa Khas itu bersidang iaitu dalam masa enam bulan.

“Kenapa enam bulan, bukan tiga bulan, dan kenapa ia diumumkan ketika menjelang pilihan raya dan bukannya sebelum ini?,” soalnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang menelan belanja sehingga RM1.8 bilion, Husam menjelaskan ia akan dibina mengikut kemampuan kerajaan negeri.

“Pembinaan bukan sekaligus tetapi dibina mengikut kemampuan. Kalau 42 kilometer kita mampu bina..kita bina, selebihnya kita akan kemudiankan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments