Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

1,436 wanita tempatan ditipu ‘Awang Hitam’

 | August 8, 2012

Terjerat dengan pujukan lelaki warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.

PETALING JAYA: Seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan lelaki warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir, kata Ketua II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Ridwan Mohd Yusof.

“Ia meningkat dari 514 pada 2010 menjadi 671 pada tahun lalu,” kata beliau.

Wanita berkenaan menjadi mangsa ‘Awang Hitam’ melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya mengirimkan wang.

Mohd Ridwan menambah, sepanjang Januari hingga Mei lalu, 251 orang wanita tempatan menjadi mangsa.

Kerugian yang dicatatkan mencapai RM20 juta ringgit pada 2010, RM50 juta (2011) dan dalam lima bulan pertama tahun ini ialah RM17.6 juta.

“Data JSJK juga mencatat 834 kes penipuan yang melibatkan warga Afrika itu pada 2010, 1,117 (2011) dan 417 pada Januari-Mei tahun ini,” katanya.

Menyamar sebagai mahasiswa

Menurut hasil penyelidikan, sindiket tersebut menyamar sebagai mahasiswa universiti swasta dan menjerat mangsa  melalui laman sosial Facebook, Twitter, dan Tagged.

Sindikat itu juga menggunakan berbagai cara pendekatan, termasuk penipuan dengan modus penghantaran barang, serta memaparkan foto kacak  bagi memperdaya mangsa.

Mereka biasanya memperkenalkan diri sebagai lelaki tampan berkulit putih serta berpangkat tinggi dan berasal dari England.

Mohd Ridwan berkata, 504 dari 653 tertuduh yang ditahan dalam kes-kes penipuan tersebut adalah warga Nigeria.

Menurutnya, mereka sudah memiliki skrip rayuan cinta yang dikarang secara standard untuk memperdaya para wanita.

Katanya,  anggota sindiket dalam sehari mengirim ratusan email dan pesanan melalui laman sosial kepada mangsa secara rambang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments