Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Bekas pengarah Peladang Perak serta PAS

 | August 8, 2012

Azhar berkata, beliau sedia menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat.

TELUK INTAN: Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Perak, Azhar Yunus menyertai PAS dalam program sambutan Badar Kubra peringkat negeri itu baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian di Kampung Bahagia di sini yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Azhar  bekerja dengan kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat.

Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang.

“Saya menyertai PAS adalah kerana kesedaran sendiri dan merasakan sudah tidak lagi dalam ‘kongkongan’ kerajaan.

“Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Menurut Azhar, ketika menjadi pegawai kerajaan, perkara serta masalah ketara yang dihadapi oleh pemimpin BN ialah membezakan kerajaan dan parti.

“Mereka beranggapan kerajaan itu ialah BN dan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh pemimpin mereka,” tambah beliau.

Gembira di bawah Pakatan Rakyat

Azhar berkata, beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sempat memerintah 11 bulan dahulu dan merasakan kelainan serta kelebihan gabungan parti itu berbanding kerajaan BN.

Katanya, sepanjang menjadi pengarah, belum pernah  solat berjemaah selepas perasmian Ekspo Peladang dan ini telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menurutnya, beliau sangat gembira serta bersemangat dan merasakan perbezaan apabila bekerja di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Azhar menambah, hasrat kerajaan BN untuk ‘membirukan’ semua kakitangan kerajaan ternyata gagal apabila nama-nama besar  memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

“Mereka yang masuk PAS semuanya berpelajaran tinggi, mereka dapat menilai mana yang baik dan berintegriti dan sudah pasti BN bukan pilihannya,” ujarnya.

Azhar berkata, beliau  sedia menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments