Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Umno ada calon MB lebih baik dari Khalid

 | August 8, 2012

Ramai pemimpin dan wakil rakyat Umno Selangor sekarang matang dan kelulusan hingga peringkat ijazah sarjana baik dari universiti tempatan atau luar negara.

PETALING JAYA: Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, Umno Selangor mempunyai calon Menteri Besar yang lebih baik dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ramai pemimpin dan wakil rakyat Umno Selangor sekarang matang dan kelulusan hingga peringkat ijazah  sarjana baik dari universiti tempatan atau luar negara.

“Saya menolak dakwaan bahawa Umno Selangor tidak mempunyai calon untuk menjadi Menteri Besar dalam pilihan raya umum 13.

“Datuk Seri Noh Omar ada ijazah, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed ada Ir (jurutera) dan saya sendiri pun ada ijazah,” kata Ismail.

Ismail yang juga ADUN Lembah Jaya berkata, tohmahan Umno negeri itu tidak mempunyai calon Menteri Besar sebagai merendah-rendahkan pemimpin parti itu di Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan sebagai berkata Umno setakat ini tidak mampu menghasilkan calon yang berkebolehan mencabar Menteri Besar sedia ada.

Dr Mohd Khir berkata, terlalu sukar untuk beliau memberitahu siapa calon Menteri Besar Selangor dari Umno.

Penghulu jadi MB

“Tidak mungkin dalam begitu ramai pemimpin Umno di Selangor tidak ada seorang pun yang boleh menjadi Menteri Besar. Masing-masing ada kebolehan sendiri.

“Tan Sri Ahmad Razali Ali yang menjadi Menteri Besar Selamngor pada era 80-an iaitu dari 1982 hingga 1986 hanya seorang penghulu.
“Bagaimanapun, untuk jawatan Menteri Besar biarlah diserahkan kepada pucuk pimpinan dan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri),” kata beliau lagi.

Ahmad Razali merupakan adik ipar kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BN pimpinan Umno memerintah Selangor sejak merdeka sebelum kalah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, parti itu bertekad merampas semula kerajaan negeri dalam pilihan raya ke 13.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments