Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Unisel tiada CF, kata Menteri Besar

 | August 8, 2012

Abdul Khalid berkata, Unisel gagal membayar bil penyelenggaran kerana JNSB tidak menyelesaikan pembinaan dan penyelenggaran asrama.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui Universiti Selangor (Unisel) yang dimiliki kerajaan negeri  tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).

Beliau berkata, keseluruhan bangunan Unisel termasuklah asrama gagal memiliki CF ekoran masalah yang disifatkan sensitif iaitu membabitkan sistem kumbahan.

“Bangunan asrama dan Unisel secara keseluruhannya tiada CF. Itu adalah perkara yang melucukan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai hutang Unisel  hampir RM15 juta kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Menjelaskan perkara itu, Abdul Khalid berkata, Unisel gagal membayar bil penyelenggaran kerana JNSB tidak menyelesaikan pembinaan dan penyelenggaran asrama.

Masalah lain timbul kerana pihak Unisel perlu membayar sewa penginapan 100 peratus kepada JNSB walaupun asrama tersebut tidak diduduki oleh para pelajar terutama ketika cuti semester.

Pelajar cuti pun kena bayar

“Perjanjian sebelum 2008 menyatakan bahawa sama ada pelajar duduk atau tidak Unisel perlu bayar 100 peratus sewa penginapan. Pelajar cuti pun kena bayar.

“Perkara ini berat sebelah kepada Unisel dan kita sudah memaklumkan kepada JNSB untuk membincangkan perkara ini secara proses timbang tara,” katanya.

Abdul Khalid  meminta Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai penimbang tara untuk menyelesaikan isu di antara Unisel dan JNSB tersebut.

Berhubung masalah penempatan asrama, beliau berkata pelajar akan ditempatkan sementara di Kota Puteri berhampiran Bestari Jaya.

Sementara itu, menyentuh mengenai kontroversi didakwa wujud pemotongan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melebihi kadar sepetutnya, exco berkaitan Dr Halimah Ali menafikan perkara tersebut.

“Saya sudah hubungi pemangku Timbalan Naib Cancelor dan tanya mengenai masalah ini, dan dapat makluman hanya satu ke dua kes sahaja yang berlaku. Bukan semua pelajar dan masalah teknikal ini dapat diatasi,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments