Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kit Siang: Malaysia tetap sekular

 | August 9, 2012

Bagaimanapun, beliau menerima Islam sebagai agama rasmi.

PETALING JAYA: Tokoh veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menegaskan pendirian DAP tidak berubah dengan tetap menganggap Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Bagaimanapun, beliau menerima Islam sebagai agama rasmi.

“Kami (DAP) tetap menerima dan menghormati peruntukan dalam perlembagaan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia”.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini dan semalam telah menyiarkan berita yang bertajuk “Haram sokong DAP” dan “Lagi seruan tolak DAP”.

“Laporan polis telah dibuat hari ini di Pulau Pinang dan Perak terhadap Utusan Malaysia kerana ini adalah satu hasutan. Ini adalah satu bentuk hasutan dan tidak bertanggungjawab serta satu jenayah”.

“Kit Siang berkata isi kandungan Utusan yang mendakwa DAP menentang perlembagaan, khasnya mengenai kedudukan Islam adalah tidak benar.

“Sebenarnya kedudukan DAP tidak berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

“Sangat jelas dalam rekod bahawa mereka menjelaskan Malaysia adalah negara sekular dan agama Islam sebagai agama rasmi.

“Adakah Utusan turut menganggap mereka musuh Islam sehingga perkataan kafir harbi digunakan?” katanya dalam  sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.

Tidak bertanggungjawab

Kit Siang turut menyatakan  ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab  untuk memecah belahkan rakyat Malaysia.

Ini menunjukkan betapa terdesak pemimpin Umno yang takut hilang kuasa pada pilihan raya yang akan datang. Ini tidak membolehkan mereka menggunakan taktik-taktik yang begitu kotor dan berbahaya.

“Adakah mereka mahu mengadakan konflik agama di Malaysia”?

Pada sidang akhbar yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya memandang berat kempen pelampau agama yang dimulakan oleh Umno menggunakan media Umno khususnya Utusan.

“Padahal MCA juga tidak menyokong negara Islam dan hudud, malah Umno sendiri, menurut surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan, menolak kemungkinan melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Beliau tutur menambah,pada 29 September 2011, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kenyataan bahawa selagi beliau menjadi Perdana Menteri hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

“Maka mengapa Umno tidak termasuk di dalam kategori yang sama?,”katanya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments