Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Wakil rakyat Umno mahu bertanding lagi

 | August 9, 2012

Tetapi andai saya tidak dipilih, saya akan menyokong orang baru itu,"kata ADUN Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo.

PETALING JAYA: Beberapa wakil rakyat Umno mahu bertanding sekali lagi untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008.

Tinjauan mendapati mereka akan bertanding jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih mereka menjadi calon dalam PRU 13.

“Saya meletakkan kepercayaan kepada Najib. Jika Perdana Menteri mahu saya bertanding saya akan menerimanya.

“Tetapi andai saya tidak dipilih, saya akan menyokong orang baru itu,” kata ADUN Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo.

Menurut Ismail yang juga Ketua Umno Ampang, calon muka baru kerap menjadi perbualan umum tetapi menganggap ia proses biasa dalam BN.

Rampas Selangor

Katanya, bagi beliau ialah BN akan berjaya mengekalkan Putrajaya manakala di peringkat negeri merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat.

Manakala Ketua Umno Padang Besar yang juga ADUN Beseri, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau mahu bertanding sekali lagi dalam PRU 13.

“Saya berpendapat, saya boleh dan layak lagi menjadi wakil rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Paya Besar di Pahang, Datuk Abdul Manan Ismail juga menyatakan keinginan mempertahakan kerusi tersebut.

“Mestilah…,” kata beliau ketika dihubungi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments