Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Awang Adek: Nik Aziz sedia kerjasama satu petanda baik

August 10, 2012

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, demi faedah rakyat Kelantan.

BACHOK: Kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, satu petanda baik ke arah menyelesaikan isu tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, demi faedah rakyat Kelantan.

Kesediaan Nik Aziz itu sudah memadai walaupun ia tidak dipersetujui segelintir pimpinan PAS negeri itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ops Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, semalam.

Pada 4 Ogos lepas, Nik Aziz dilaporkan berkata beliau akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda mengenai wakil negeri itu yang akan menganggotai Jawatankuasa Khas tersebut.

Penubuhan jawatankuasa khas itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas, yang bertujuan mengkaji secara adil dan telus berhubung bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang daridalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata seramai 531 anggota jabatan itu sudah bersiap sediauntuk menyertai Ops Raya bagi menjalankan tugas menyelamat di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata mereka akan bertugas 24 jam di jalan raya persekutuan dan negeri bermula hari ini sehingga seminggu selepas perayaan.

Mereka akan dilengkapi peralatan menyelamat yang canggih bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya berikutan ramai rakyat Kelantan yang bekerja di tempat lain akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, katanya.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments