Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

‘Mungkin ada lagi tokoh BN Sabah akan keluar’

 | August 10, 2012

Mereka tidak ada peranan dalam perjuangan BN, kata Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, mungkin ada lagi pemimpin BN Sabah yang akan meninggalkan parti dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, mereka bukan orang utama dalam perjuangan serta tidak memberi banyak sumbangan kepada BN.

“Mereka tidak ada peranan dalam perjuangan BN. Saya rasa mereka ini telah lama mengadakan rundingan dengan Anwar.

“Tetapi ketua pembangkang itu baru mengumumkan sekarang untuk memberi gambaran seolah-olah BN Sabah lemah dan tidak dipercayai oleh pemimpin sendiri.

“Anda tahu dalam politik atas sebab-sebab sendiri mereka terpengaruh dengan janji-janji Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau.

Bagaimanapun, Nasir, ADUN Sulabayan enggan mengumumkan pemimpin-pemimpin yang dipercayai mahu keluar BN itu.

Nasir juga menuduh  ketua pembangkang itu sedang membuat provokasi untuk menggambarkan BN negeri seolah-olah tidak kuat lagi.

Nasir yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika ditanya sama ada ada lagi pemimpin BN negeri itu akan meninggalkan BN.

Anwar berkata, beliau akan berada di Sabah iaitu di Kota Marudu dan Kota Belud Ahad ini.

`Janji tidak menjadi’

“Tetapi saya ingin menegaskan BN dan Umno Sabah masih kukuh dan tidak akan tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

“BN masih stabil dan Umno juga kuat…tidak mungkin akan jatuh,” tambah beliau lagi.

Nasir juga berkata, rakyat Sabah sudah matang dan tidak akan terpengaruh dengan janji-janji Anwar.

Katanya, pemimpin  pembangkang itu memang pandai memujuk dan merayu supaya orang menyokong dan menyertai mereka.

“Sebelum ini Anwar pernah berkata, 30 ahli Parlimen Sabah akan melompat dan 16 September 2008 Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan Pusat.

“Tetapi semua janjinya tidak menjadi,” tambah Nasir.

Ahli  Parlimen Beaufort baru-baru ini  Datuk Lajim Ukin serta ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing melepaskan semua jawatannya dalam Umno serta BN.

Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap juga meninggalkan BN.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments