Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Apa rasional guna gambar semua Presiden Umno?

 | August 11, 2012

Menurut ketua Solidariti Anak Muda Malaysia tidak logik untuk mengetengahkan gambar Presiden Umno, selain Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan rasional di sebalik penggunaan gambar semua Presiden Umno sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

“Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terlibat dengan ulangtahun kemerdekaan negara tetapi apa kena mengena usaha memerdekakan negara dengan Presiden-presiden Umno selepas itu?

“Sedarkah Tan Sri Ismail Omar bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara dipolitikkan?”

Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin melontarkan persoalan ekoran kenyataan Ketua Polis Negara itu  yang menasihatkan 26 kumpulan NGO berpakaian kuning agar tidak mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

Kesemua 26 kumpulan NGO tersebut, termasuk SAMM merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyambut ulang tahun hari kemerdekaan dengan berpakaian kuning.

Tema himpunan pada malam 30 Ogos ialah Janji Bersih.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa bahawa Umno dan BN lah yang selama ini mempolitikkan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.

Tema jelajah BN

“Tahun ini (usaha mempolitikkan sambutan) terlalu melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal dari tema yang digunakan dalam jelajah BN iaitu Janji Ditepati.

“Jika Ismail menegaskan menolak sentimen politik maka Ismail seharusnya menegur regim penguasa terlebih dahulu,” kata Badrul yang juga adalah ketua cabang PKR Rembau

Badrul berhujah bahawa kemerdekaan melibatkan hak rakyat untuk menentukan pemerintah.

“Kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak memilih siapa untuk mentadbir negara.

“Urusan menuntut untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak.

Beliau turut menjamin bahawa kekecohan tidak akan berlaku semasa himpunan menyambut hari kemerdekaan sebaliknya akan sambutan akan bertambah meriah.

Badrul turut menasihatkan Ismail agar tidak terpedaya dengan “ketakutan melampau” Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kerana mahkamah telah pun mengisytiharkan pengharaman Hishamuddin ke atas Bersih adalah salah.

Lihat juga:


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments