Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Taktik Umno sudah lapuk

 | August 12, 2012

Taktik itu juga tidak menepati perkembangan politik dunia Islam, kata Ketua Penerangan PKR.

PETALING JAYA:PKR menuduh tindakan Umno menggunakan pandangan seorang guru agama pondok yang mengharamkan umat Islam menyokong PAS dan PKR kerana bersekongkol dengan DAP sudah lapuk dan ketinggalan zaman.

Taktik itu juga tidak menepati perkembangan politik dunia Islam, kata Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Baru-baru ini,  Abdullah Sa抦ah seorang guru pondok di Geting Tumpat di Kelantan dilaporkan  sebagai berkata haram umat Islam menyokong PAS dan  PKR kerana kedua-dua pArti itu bersengkokol dengan DAP.

DAP pula menolak perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

“Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.

“ Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno  terpaksa menggunakan pendekatan lapuk ini dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung.

“Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam  tersepit dan cemas.

“Akibatnya, perhubungan di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Agenda tersembunyi

Dr Muhammad Nur berkata, apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini.

PKR, katanya berpandangan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat,

“Sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan.

“Umno  tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke 13 kerana telah kehilangan arah,  hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat ke arah kegemilangan masa depan,“ kata Dr Muhammad Nur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments