Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Umno T’ganu sudah hantar nama kepada Najib

 | August 12, 2012

Bagaimanapun parti itu menjangka saingan lebih sengit berbanding PRU 2008.

KUALA TERENGGANU:Umno negeri telah menghantar senarai nama calon kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengjangkakan menghadapi lawan lebih sengit berbanding 2008.

“Kita telah menghantar senarai terbaik…terpulang kepada Perdana Menteri untuk memilihnya.

“Walaupun menjangka saingan lebih sengit dari lawan tetapi kita yakin akan boleh terus menang,” kata Setiausaha Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Umno dua kali kecundang di Terengganu – 1974 dan 1999 – kedua-duanya kepada PAS.

Tengku Putera berkata, senarai calon yang dihantar merupakjan yang terbaik ketika ini.

Bagaimanapun, tokoh veteran itu tidak memberitahu sama ada terdapat penyandang yang digugurkan.

Beliau juga tidak menyatakan sama ada bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan wakil-wakil rakyat  penyokongnya dicalonkan semula.

Sekumpulan ADUN diketuai Idris menolak Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Tetapi Tengku Putera menegaskan calon-calon Umno adalah pelbagai latar belakang termasuk profeasiomal.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments