Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

DUN Terengganu: 22 soalan ditolak

 | August 14, 2012

Wakil PAS anggap ia untuk menutup punca dari diketahui rakyat.

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 22 soalan ditolak dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berakhir semalam dan wakil-wakil PAS mendakwa ia sebagai untuk menutup punca dari diketahui umum.

Speaker Datuk Tengku Putera Tengku Awang menolak soalan ADUN Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut, ADUN  Bukit Tunggal, Dr Alias Razak dn ADUN Kuala Berang, Zawawi Ismail.

Malah soalan oleh ADUN Rhu Rendang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai royalti petroleum turut ditolak.

Mohd Abdul Wahid yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, siaran melalui internet dihentikan bagi menyekat rakyat dari mengetahui apa yang dibicangkan dalam sidang.

“Mereka tolak soalan kita kerana hendak sembunyikan fakta sebenar dari diketahui orang ramai,” kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemimpin PAS telah membahagikan banyak tanah yang bernilai tinggi di bandar Kuala Terengganu  kepada kroni sewaktu memerintah  dari tahun 1999 hingga 2004.

“Mereka berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah di Terengganu menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian yang besar,” katanya.

ADUN BN Alor Limbat, Alias Abdullah pernah mendedahkan kerajaan negeri PAS memberi tanah komersil seluas 11, 516 meter persegi kepada sebuah koperasi dengan bayaran premium yang murah.

Katanya, koperasi itu dipimpin oleh pemimpin-pemimpin PAS di negeri itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments