Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS sambut baik pilihan raya bukan masa haji

 | August 14, 2012

Masa paling sesuai adakan PRU pada awal tahun depan, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PETALING JAYA: PAS menyambut baik dan mengalu-alukan pilihan raya tidak diadakan bulan Oktober iaitu ketika musim haji.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober ini.

Tengku Adnan berkata, sekiranya PRU diadakan pada tempoh tersebut, sudah pasti banyak pihak akan mendakwa kerajaan tidak peka dengan Islam, memandangkan umat Islam bakal menunaikan ibadah haji di Makkah.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim berkata, kenyataan itu akan menjadi lebih kukuh jika ia diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“PAS mengalu-alukan kenyataan itu dan berharap ia akan menjadi kenyataan walaupun belum secara rasmi.

“Ini merupakan keputusan tepat oleh kerajaan. Tetapi kami berharap ia akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu mengambil kira Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji dan perayaan-perayaan  agama lain sehingga hujung tahun ini.

Faktor cuaca

Oleh itu, katanya  amat tidak sesuai untuk diadakan PRU pada Oktober atau hujung tahun ini.

“Cuaca juga merupakan faktor yang memainkan peranan yang amat penting. Kerana setiap hujung tahun, negara akan dilanda hujan lebat.Jika berlaku banjir, tempat mengundi selalunya dijadikan pusat perlindungan seperti sekolah dan dewan. Sekaligus menyukarkan pengundi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Seelok-eloknya, pilihanraya diadakan pada tahun hadapan. Bulan Januari atau Februari pada saya adalah sesuai untuk adakan PRU.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub turut bersetuju dengan menambah, kerajaan turut perlu mengambil kira suasana peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan yang akan berjalan pada penghujung tahun ini.

“Kita perlu memikirkan emosi para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Jika PRU diadakan pada musim peperiksaan, ia akan menggangu konsenstrasi mereka. Kita perlu hormati mereka, barulah mereka akan selesa menghadapi peperiksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Belliau berkata, bila pilihanraya diadakan, sekolah juga akan terlibat sama sebagai pusat membuang undi. Para guru juga ada yang terlibat dalam proses pengundian. Maka, akan wujud suasana yang tidak kondusif untuk para pelajar dan guru-guru.

“Bagi saya sendiri, saya mengimpikan bila cukup tempoh 5 tahun, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya. Itulah masa yang paling sesuai untuk diadakan PRU,” kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments