Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Siapa kroni Umno dalam Jana Niaga?

 | August 14, 2012

Dr Khir Toyo mencabar Tan Sri Khalid Ibrahim menamatkan syarikat itu daripada menguruskan asrama Unisel.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamakan siapa kroni Umno yang menguruskan asrama Universiti Selangor (Unisel).

“Kalau kata Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) syarikat kroni Umno, sebutkan nama siapa orangnya? Panggil JNSB, tanya kamu ni parti mana – Umno atau tidak.

“Saya tidak tahu JNSB ini kroni Umno atau tidak. Tetapi apa masalahnya kalau JNSB kroni Umno. Orang berniaga dia tidak kira parti mana,” kata Dr Khir.

Beliau juga mencabar Khalid jika tidak gembira dengan JNSB tamatkan sahaja dan gantikan dengan syarikat Pakatan Rakyat.

“Kamu Menteri Besar boleh buat. Takkan benda macam itu tak tahu. Kata kamu korporat. Tetapi apa yang kamu buat dengan Unisel?” tanya Dr Khir.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya wang RM292 juta yang dibayar oleh Talam kepada Unisel.

Katanya, Unisel boleh menggunakan wang yang dibayar Talam itu untuk membayar hutangnya kepada JNSB yang dikatakan bernilai hampir RM15 juta.

Laporan menyebut masalah hutang itu meyebabkan asrama Unisel dikunci.

Pelajar kurang

Dr Khir berkata, Unisel mula berdepan masalah kewangan kerana jumlah kemasukan pelajar merosot teruk manakala perbelanjaan meningkat sejak diperintah Pakatan Rakyat.

“Angka terbaru pelajar Unisel ialah lebih 9,000 sedangkan ia boleh menempatkan 20,000 orang atau paling minima 14,000 pelajar.

“Apabila pelajar kurang, pendapatan Unisel pun kurang… tetapi kos pengurusan Unisel meningkat RM20 juta dari RM93 juta pada tahun 2008 kepada RM113 tahun 2010.

“Wang  yang dikutip dari pembayaran yuran pelajar digunakan untuk membayar gaji staf Unisel,” kata Dr Khir lagi.

Pendapatan Unisel menyusut daripada RM94.4 juta pada 2008 kepada RM93.51 juta (2009) dan RM75.48 juta (2010).

Beliau berkata, kemasukan pelajar ke Unisel semakin berkurangan kerana standard telah jatuh ekoran terlalu banyak berpolitik.

Katanya, apabila standard Unisel merosot pelajar akan kurang.

Bagaimanapun, Dr Khir mengakui bangunan Unisel tidak mendapat sijil layak untuk menduduki (CF) tetapi telah mendapat CF sementara.

Katanya, untuk mendapatkan CF, Unisel memerlukan pengesahan dari 12 jabatan kerajaan .

“Hanya satu faktor yang menyebabbkan gagal iaitu keluasan jalan masuk tidak cukup besar tetapi bangunan itu selamat digunakan.

“Sepatutnya Khalid berusaha mendapatkan CF untuk asrama tersebut,” tambahnya lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments