Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

George Kent: PKR kecam blogger Umno

 | August 15, 2012

Blogger-blogger Umno menuduh Dato' Fauziah Yaacob membocorkan maklumat George Kent kepada PKR.

PETALING JAYA: PKR hari ini mengecam blogger-blogger Umno yang menyerang dan memfitnah Setiausaha Bahagian Perolehan,

Kementerian Kewangan Dato’ Fauziah Yaacob berhubung isu kontroversial George Kent.

Mereka mendakwa beliau membocorkan dokumen-dokumen sulit berhubung pendedahan skandal anugerah kontrak LRT Ampang kepada syarikat tersenarai itu.

Menurut Ketua Wanita PKR dan juga Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan media hari ini, Fauziah bukanlah individu yang bertanggungjawab menyerahkan dokumen-dokumen terbabit kepada partinya.

Oleh yang demikian katanya, tindakan blogger-blogger Umno memfitnah beliau adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pegawai- pegawai kerajaan agar tidak membantah sebarang keputusan melibatkan kerajaan yang diambil oleh ahli politik Umno.

Katanya, mereka berharap dengan tekanan yang diberikan bertujuan mengaib dan mengasingkan Fauziah, ia menghantar amaran yang keras kepada semua kakitangan awam supaya hanya menurut telunjuk Umno-Barisan Nasional (BN).

“Saya merasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini kerana tindakan blogger-blogger Umno itu menghina kaum wanita di negara ini, apabila serangan ditujukan terhadap seorang penjawat awam wanita yang dihormati dan dikenali ramai seperti Fauziah.

“Serangan terhadap beliau samalah juga dengan serangan kepada pimpinan wanita lain di dalam perkhidmatan awam yang kini semakin ramai diketuai oleh pegawai-pegawai wanita.

“Oleh itulah, saya mencabar pimpinan-pimpinan wanita di dalam Umno, termasuklah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Ketua Wanita Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk tampil membela Fauziah.

“Mereka mesti mengambil tindakan keras terhadap blogger-blogger Umno dan dalang yang menggunakan taktik “character assasination” seperti ini terhadap pimpinan kanan perkhidmatan awam, terutamanya daripada kalangan wanita seperti yang menimpa Fauziah,” ujar Zuraida.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments