Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pengerusi Syabas patut berhenti

 | August 15, 2012

MB Selangor mahu Kerajaan Pusat buat keputusan berkaitan jawatan Tan Sri Rozali Ismail.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mahu Kerajaan Pusat membuat keputusan berkaitan jawatan Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat bahawa Rozali sepatutnya berhenti dari Syabas dan mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membuat keputusan wajar mengenai hal tersebut.

“Kerajaan Selangor membuat keputusan tidak mahu beliau (Rozali) terlibat dalam usaha air ini. Beliau tidak menguntungkan. Maka Noh
dan Muhyiddin perlu buat keputusan. Jika tidak buat keputusan maka ia memihak kepada Rozali,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco  di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan dikeluarkan Majalah Malaysia Business, bahawa Rozali tersenarai
sebagai pengarah yang ke-16 tertinggi menerima bayaran pada 2011 dengan RM17,658,424.

Dalam pada itu menyentuh mengenai kenyataan Noh yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, sekiranya gagal
mengambilalih Syabas seperti dijanjikan, Abdul Khalid berkata ia tidak memberi kesan padanya.

Ujar beliau, Noh serta bekas Menteri Besar lain sebelum ini tidak dapat melakukan perkara sama ketika memerintah Selangor.

“Noh Omar seorang manusia biasa. Usaha saya untuk penyusunan semula industri air apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setuju untuk penyusunan tersebut. Saya dapat selesaikan masalah atau perkara dalam industri air jika pemegang konsesi terima tawaran dengan harga terbaik dan sesuai. Beliau (Noh) selesai hal NFC daripada perkara ini,” bidas beliau.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan Koordinator Barisan Nasional
(BN), Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed bahawa wujud surat mengandungi arahan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) supaya menurunkan pengeluaran air terawat kepada 120 juta gelen sehari pada 10 Ogos tahun lalu.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat dengan pengetahuan dan selepas perbincangan dengan SPAN.

Mohd Zain dalam sidang medianya tengah hari ini mendakwa mempunyai bukti yang dihantar kepada Abass, Syabas dan SPAN melalui KPS untuk menurunkan pengeluaran air terawat.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata beliau telah menjangkakan bahawa pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) tidak hadir dalam mesyuarat Timbang Tara yang sepatutnya diadakan kelmarin.

“Kerajaan Negeri minta pengurusan Universiti Selangor (Unisel) buat kontigensi supaya pelajar dapat mendiami asrama dan meneruskan
pengajian,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments