Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Tanda Putera tiada kaitan dengan Kit Siang

 | August 15, 2012

Ini hanya satu tuduhan palsu dan tidak berasas yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

FULL REPORT

PETALING JAYA: Penerbit Tanda Putera, Pesona Pictures hari ini menafikan tiada babak dalam filemnya itu mempunyai kaitan dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pengarah dan juga Penerbitnya Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, dakwaan wujudnya watak yang menggambarkan Kit Siang itu hanya satu tuduhan palsu dan tidak berasas yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami telah beberapa kali menjelaskan dan ingin mengulangi bahawa tidak ada pemimpin DAP itu dalam filem Tanda Putera,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau menegaskan, adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei memakan masa hanya selama 10 minit daripada filem berdurasi 115 minit itu.

Katanya, adegan 13 Mei itu hanya merupakan latar kepada cerita utama bagi menjelaskan punca mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail yang bersara terpaksa kembali menyertai Kabinet.

Oleh itu, beliau mahu sebarang ugutan dan serangan oeribadi keatas penerbit, pengarah dan pelakon filemnya dihentikan serta-merta.

Katanya, disebabkan kontroversi itu semua krew produksi termasuk dirinya mendapat tekanan hebat apabila dicerca dan diugut menggunakan kata-kata kesat dan rasis dalam laman sosial Facebook.

“Serangan berterusan ini memberi tekanan berat kepada tenaga penerbitan serta artis filem Tanda Putera,” katanya.

Kit Siang dalam responnya sebelum ini turut keras menafikan dirinya terlibat dalam rusuhan 13 Mei kerana pada ketika itu berada di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 hingga 13 Mei 1969.

Gambaran salah

Sementara itu, Shuhaimi turut kesal dengan tindakan pihak yang mempolitikkan isu dengan memberi gambaran salah, sedangkan filem ini masih belum ditayangkan.

“Ini hak kreatif kami dan kami tidak akan tunduk dengan mana-mana pihak yang sengaja mahu filem ini diboikot,” katanya.

Ditanya tentang hasrat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang mahu menghadiri pra-tonton filem ini bagi penilaian semula, Shuhaimi berkata pihaknya tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana ianya membabitkan kos tinggi dan terhad hanya kepada wakil media, artis yang terlibat serta keluarga, rakan-rakan, wakil penaja, dan bahagian pemasaran sahaja.

Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing demi perjuangan memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Filem yang mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dengan sijil PG13 ini dibintangi Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak), Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin).

Pembikinan filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini turut menelan belanja kos RM4.8 juta termasuk promosi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments