Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Aktivis OKU PKR terima ancaman bunuh

 | August 16, 2012

Isaiah D Jacob, pada 9 Ogos lalu, menerima sepucuk surat layang melarangnya bergiat aktif dalam politik pembangkang dan menyertai Himpunan Bersih.

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis PKR daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini membuat laporan polis kerana menerima sepucuk surat layang berbaur ugutan bunuh.

Isaiah D Jacob, 46, yang mempunyai kecacatan kekal dikaki pada 9 Ogos lalu menerima sepucuk surat layang melarangnya bergiat aktif dalam politik pembangkang dan menyertai Himpunan Bersih.

“Kami ingin beri amaran terakhir kepada awak jika kau masih aktif dalam politik pembangkang khususnya PKR dan Bersih kami tidak teragak-agak untuk membunuh awak. Awak ingat Bersih dan parti PKR akan menolong awak?

“Lagi sekali jika kami nampak awak ambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih kami akan bunuh awak atau patah satu kaki engkau,” surat layang tersebut dipetik.

Surat yang dihantar ke peti surat rumahnya di Taman Sri Murni, Selayang itu turut mengancamnya kerana terlibat dalam kutipan dana program bantuan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik sempena Ramadhan anjuran Pejabat Parlimen Batu.

Selain itu, surat itu turut mengancamnya kerana Isaiah sebelum ini pernah membuat laporan polis mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai bilik gerakan Umno di Sri Murni.

Tidak berhenti di situ, Isaiah kemudiannya pada Selasa lalu semasa sedang menunggu bas di hadapan rumahnya didatangi dua lelaki menaiki motosikal turut mengugutnya supaya berhati-hati kerana tindak tanduknya kini sedang diawasi.

“Tujuan laporan dibuat meminta polis membuat siasatan terhadap surat dan perlindungan terhadap diri saya dan keluarga,” katanya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Sentul di sini pagi tadi ditemani Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Namun Isaiah yang juga Ketua Biro Kebajikan PKR Cabang Batu itu ketika ditemui pemberita berkata, ugutan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus aktif dalam PKR dan menyokong Himpunan Bersih yang disertainya sejak tahun lalu.

Sementara itu, Tian Chua dalam responnya membidas kandungan surat itu yang dianggapnya ada unsur hasutan dan mahu polis segera menyiasat bagi mengelak kejadian sebegini bertambah parah.

“Surat ini nampaknya ada niat jahat untuk menakutkan beliau…ini tak boleh diterima sama sekali,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments