Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Nik Aziz nafi mahu Nasha keluar PAS

 | August 16, 2012

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menggesa sesiapa keluar parti.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan pernah menyatakan hasrat mahu bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa segera keluar parti.

Menafikan laporan Bernama, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menggesa sesiapa keluar parti kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri dan bukannya keputusan pemimpin tertinggi.

“Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti,” katanya dalam
kenyataan hari ini

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan gambar Ahli Parlimen Bachok yang dilihat duduk bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang di Arab Saudi.

“Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen.

“Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya,” katanya.

Nik Aziz dilaporkan Bernama berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,” katanya dipetik Bernama.

Nasharuddin sebelum ini juga pernah mencetuskan kontroversi kerana menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pemimpin dan penyokong PAS.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments