Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Masalah asrama Unisel: Jana Niaga beroperasi semula

 | August 17, 2012

Persetujuan itu dicapai pada sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

SHAH ALAM: Masalah penginapan asrama yang membabitkan pelajar Universiti Selangor (Unisel) akan selesai selepas syarikat Jana  Niaga Sdn Bhd (JNSB) bersetuju untuk membuka semula operasi mereka bermula 23 Ogos ini.

Persetujuan itu dicapai pada sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat selepas Unisel memfailkan permohonan  perintah agar JNSB membuka semula pejabat residennya di kampus induk di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Namun peguam yang mewakili Unisel, Edmund Bon Tai Soon berkata, penyelesaian itu hanya membabitkan isu penempatan pelajar dan  bukan membabitkan pertikaian dakwaan hutang yang wujud antara JNSB dan universiti milik kerajaan Selangor berkenaan.

“Apa yang penting kita dapat selesaikan masalah pelajar kerana ia melibatkan kebajikan mereka.

“Isu pertikaian lain, peguam Unisel dan peguam Jana Niaga akan mulakan perbincangan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya  pada sidang media di kampus Unisel di sini hari ini.

Unisel sebelum ini didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Jana Niaga.

Timbalan pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaraan di  kampus induk di Bestari Jaya dan operasi asrama Unisel.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad pula berkata daripada kira-kira 6,000 mahasiswa baru  yang mendaftar, seramai 1,600 tidak mendapat kemudahan asrama di kampus induk itu.

Maka katanya, pihak Unisel dan Jana Niaga akan memulakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Kita akan bincang lagi selepas raya. Pada 23 Ogos, semua pelajar boleh mula mendaftar dan sesi akademik mereka sudah tertangguh  dua minggu,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments