Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS nafi mahu letak calon di Taman Medan

 | August 17, 2012

PKR masih memegang status quo bagi kerusi Dun di kawasan berkenaan.

PETALING JAYA: PAS Selangor menafikan dakwaan bahawa parti itu mahu meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan yang kini diwakili oleh Haniza Talha dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata, PKR masih memegang status quo bagi kerusi Dun di kawasan berkenaan.

“Tidak benar bahawa PAS mahu meletakkan calon di Taman Medan. Status quo kerusi itu kekal milik PKR,” katanya kepada FMT.

Yang DiPertua PAS Petaling Jaya Selatan, Ghazali Shaari menerusi laporan FMT pada 12 Julai lalu berkata, parti itu mahu meletakkan calon di Taman Medan dengan alasan pengundi menolak parti pimpinan PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerusi Taman Medan yang diwakili Haniza Talha menang dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Munaliza Hamzah dengan majoriti lebih 4,000 undi.

Abd Rani berkata, Ghazali telah dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai kenyataan itu pada awal Ramadhan lalu.

Menurut Abd Rani, beliau berpuas hati dengan kenyataan diberi Ghazali dan menyifatkan ia hanya satu salah faham.

Beliau berkata keputusan bagi sebarang kerusi pada pilihan raya akan datang diputuskan oleh pimpinan masing-masing dalam Pakatan Rakyat.

FMT sebelum ini melaporkan bancian bebas yang dibuat terhadap 800 pengundi bukan PAS itu dibuat bagi mengetahui sikap pengundi Taman Medan selepas pilihan raya umum 2008 dan ia tidak membabitkan pengundi PAS.

Ghazali dalam kenyataannya kepada FMT berkata menerusi tinjauan itu 85 peratus pengundi India dan Cina mahu calon PAS. Manakala 35 peratus pengundi Melayu mahu calon PAS dan kira-kira 25 peratus sahaja pengundi Melayu mahu PKR.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments