Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pembangkang bimbang kerana gagal tunai janji

 | August 17, 2012

Sudah menjadi amalan parti pembangkang terlalu bijak menabur janji-janji dalam manifesto mereka tetapi tidak dilaksanakan.

KUCHING: Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang yang tidak berani menggunakan tema ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ untuk Hari Kemerdekaan tahun ini mengambarkan banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Haji Idris Haji Buang berkata, sudah menjadi amalan parti pembangkang terlalu bijak menabur janji-janji dalam manifesto mereka, tetapi tidak dilaksanakan.

“Kerana gagal menunaikan janji terhadap rakyat, mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) ini,” katanya yang juga Ketua Cawangan PBB Batu Lintang.

Katanya lagi, berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) yang membuktikan rekod kerajaan yang memimpin selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  pada majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB Negeri merangkap Ketua Pemuda PBB Batu Lintang, Dato’ Safri Abdillah.

Ditanya mengenai namanya juga disebut-sebut sebagai calon pada pilihan raya akan dantang, bekas Senator itu memberitahu beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

“Apa yang penting dan keutamaan bagi saya (MKT PBB) ialah berjuang memastikan PBB sebagai ‘tunjang kekuatan’ BN terus kukuh, berjaya dan kuat demi memikul amanah rakyat Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Safri yang baru-baru ini menyertai Jelajah Armada Pemuda PBB yang bertujuan untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada BN berjaya mencapai matlamat.

“Inisiatif untuk mendekati golongan muda secara intelektual nampaknya berjaya mencapai matlamat dan mereka mula faham (perjuangan BN) … mempunyai dasar ekonomi kukuh dan polisi yang boleh diterima rakyat,” katanya.

Turut hadir, isteri Dato’ Idris, Zulaika Hamid, Ketua Kaum Kampung Jalan Mendu, Berawi Haji Mohamad, Kr. Safian Haji Ateng dan Pengerusi Surau Darul Ibadah, Haji Makshut Hassan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments