Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Penduduk Chembong gesa tapak pelupusan sampah ditutup

 | August 18, 2012

Masalah bau busuk dan pencemaran udara semakin teruk sejak tiga tahun lalu yang berpunca dari tapak pelupusan sampah tersebut.

REMBAU: Berikutan masalah bau busuk dan pencemaran udara di sekitar Chembong, penduduk setempat menggesa pihak berkuasa agar menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong sebelum tahun 2014.

Berikutan masalah tersebut satu pertemuan diadakan diantara wakil penduduk, Ahli-Ahli Majlis Daerah Rembau dan Exco Kerajan Negeri Sembilan, Dato’ Siow Chen Pin yang memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam.

Mereka juga melawat Tapak Pelupusan Sampah Chembong untuk melihat masalah itu dengan lebih dekat.

Dalam pertemuan tersebut Ahli Majlis Daerah Rembau menggesa Siow membawa cadangan menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong ke pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan.

Tee Kan Eng, 70, dari Taman Chembong Utama berkata masalah bau busuk dan pencemaran udara semakin teruk sejak tiga tahun lalu yang berpunca dari tapak pelupusan sampah tersebut.

“Saya terpaksa menutup tingkap dan menghidu bau busuk terutama sekali ketika suasana angin bertiup kencang.

Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila ada masa-masanya tapak pelupusan sampah ini terbakar disebabkan tekanan bahan yang dibuang di sana termasuk kebakaran bawah tanah.

Pencemaran udara

“Keadaan ini membuatkan berlaku pula pencemaran udara. Asap daripada kebakaran sampah sudah tentu tidak baik untuk kesihatan.

“Oleh itu saya sebagai salah seorang penduduk di sini amat berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan bantuan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan penduduk,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk setempat yang mahukan tapak pelupusan berkenaan ditutup dalam tempoh segera.

“Sebelum ini pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersetuju di mana penutupan selamat tapak pelupusan sampah in
dilaksanakan pada tahun 2014 dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan bergantung kepada kelulusan peruntukan yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Masalah seperti pencemaran bau dan air “lechete” sering menjadi rungutan penduduk sekitar dan tebing tapak pelupusan bersebelahan tanah milik Chembong Estate telah runtuh dan mengakibatkan kemasukan sampah 5,000 meter persegi ke dalam kawasan ladang,” kata Mohamad Rawi.

Tahap kritikal

Sementara itu Chen Pin berkata masalah tapak pelupusan sampah di beberapa lokasi di negeri ini sememangnya sedang berada di tahap kritikal terutamanya di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson.

Bagaimanapun menurutnya beberapa lokasi tapak pelupusan sampah yang berhadapan dengan permasalahan berkenaan diketengahkan kepada kerajaan negeri bagi mengenal pasti langkah penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.

“Buat masa ini kita sudah berjaya menyelesaikan masalah di Tapak Pelupusan Sampah Pajam dan bakal mengambil tindakan bersesuaian dengan membincangkan cadangan penduduk yang mahu kerajaan negeri menutup tapak pelupusan sampah ini.

“Bagaimanapun ianya bukan mudah memandangkan kos bagi penutupan selamat sesebuah tapak pelupusan sampah amat tinggi yang boleh mencecah jutaan ringgit.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Zaiful Bahri Idris (BN).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments