Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Jana Niaga tunggu arahan rasmi

 | August 22, 2012

Syarikat itu dijadualkan beroperasi esok (23 ogos) seperti dipersetujui dalam sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu bersama Unisel.

PETALING JAYA: Belum ada arahan rasmi dikeluarkan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan beroperasi bagi kediaman pelajar di kampus induk Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Syarikat itu dijadualkan beroperasi esok (23 ogos) seperti dipersetujui dalam sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu bersama Unisel.

Menurut sumber dalaman Jana Niaga, pihaknya masih menunggu arahan rasmi daripada pihak atasan.

Beliau memberi jaminan bahawa operasi kediaman asrama pelajar akan berjalan seperti biasa, namun bergantung kepada arahan berkenaan.

“Kita masih menunggu arahan rasmi dari CEO (Ketua Pegawai Eksekutif)  Jana Niaga. Pihak Jana Niaga tetap memantau dan bersiap sedia sekiranya arahan dikeluarkan dalam 24 jam ini.

“Walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan kelak, namun kami akan kembali beroperasi sekiranya menerima arahan daripada pihak atasan,” kata sumber tersebut.

Pada Jumaat lalu, Unisel melalui sidang media memaklumkan bahawa Jana Niaga bersetuju membuka semula operasi yang dijadualkan esok.

Namun penyelesaian itu bukan membabitkan pertikaian dakwaan hutang yang wujud antara Jana Niaga dan universiti milik kerajaan Selangor itu.

Unisel sebelum ini didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Jana Niaga.

Timbalan pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaraan di  kampus induk di Bestari Jaya dan operasi asrama Unisel.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments