Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

MYDaftar terima lebih 9,500 permohonan dokumentasi

August 22, 2012

Sebanyak 6,527 ialah permohonan kewarganegaraan dan baki melibatkan dokumentasi lain seperti kelahiran, perkahwinan dan kad pengenalan.

KUALA LUMPUR: Program MyDaftar yang  dilancarkan Februari tahun lepas hingga Mei lalu, telah menerima 9,529 permohonan dokumentasi daripada masyarakat India.

Sebanyak 6,527 ialah permohonan kewarganegaraan dan baki melibatkan dokumentasi lain seperti kelahiran, perkahwinan dan kad pengenalan, kata Penyelaras Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri Datuk N. Siva Subramaniam.

“Permohonan kewarganegaraan tertinggi melibatkan warga asing yang mempunyai permit masuk iaitu 3,770 dan daripada jumlah itu 2,016 diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kita juga menerima 1,922 permohonan pendaftaran kewarganegaraan daripada masyarakat India lahir di Malaysia selepas merdeka dan 1,479 diluluskan KDN,” katanya dalam temu bual di Wisma Bernama di sini.

MyDaftar merupakan program membantu masyarakat India di negara ini yang tidak memiliki dokumen berkaitan kelahiran, pengenalan dan kewarganegaraan menyelesaikan masalah dokumentasi mereka.

Bukti sukar

Siva Subramanian berkata kesukaran membuktikan mereka lahir di Malaysia dan kurang fasih berbahasa Melayu adalah antara sebab sukar memberikan taraf kewarganegaraan kepada pemohon yang lahir di Malaysia sebelum merdeka.

“Sebelum merdeka dokumentasi susah mahu cari. Sebelum MyDaftar mereka susah untuk tampil ke depan kerana takut dan kurang pengetahuan tentang pendaftaran ada juga ejen yang datang tolong tapi ejen ini ambil kesempatan ambil duit.

“Ada kes ejen tipu mereka ‘gave-up’ (menyerahkan) warganegara mereka 30, 40 tahun lepas untuk keluar wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Ejen dapat ‘percent’ (komisen) banyak. Kita susah mahu tolong kerana mereka ‘gave up’ kewarganegaraan mereka dengan sukarela masa itu,” katanya.

Beliau berkata MyDaftar turut menerima 708 permohonan kewarganegaraan daripada mereka yang berkahwin dengan warganegara Malaysia, dan daripada jumlah itu 600 telah diluluskan KDN.

MyDaftar turut menerima 12 permohonan kewarganegaraan daripada anak warganegara dan daripada jumlah itu lapan permohonan diluluskan.

Daftar lewat

Siva Subramaniam berkata masalah mendaftar lewat kelahiran merupakan permohonan tertinggi diterima iaitu sebanyak 1,778 dan daripada jumlah itu 1,459 diluluskan.

“Ini juga masalah kesedaran masyarakat untuk mendaftar kelahiran anak mereka, ada kes yang datang pada kita anak bukan daripada isteri pertama atau anak luar perkahwinan, jadi susah mahu daftar.

Siva Subramanian berkata selain itu, MyDaftar menerima 913 permohonan daftar lewat kad pengenalan, perkahwinan (222), pindah maklumat sijil kelahiran (88) dan satu permohonan dokumentasi anak angkat.

Ditanya kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Surendran yang mendakwa 300,000 keturunan India di negara ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, beliau menyarankan agar pemimpin PKR itu membawa kesemua mereka memohon menerusi MyDaftar.

“Jangan sekadar beri angka dan cuci tangan selepas itu. Ini tidak menyelesaikan masalah. Kumpulkan semua 300,000 itu dan datang kepada kami, kami akan bantu daftar.

“Jangan politikkan isu ini, kita bercakap soal masalah rakyat dan sebagai pemimpin kita mesti selesaikan masalah rakyat bukan dijadikan alat untuk membenci kerajaan,” katanya.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments