Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Majlis Syura penentu nasib Nasharuddin Mat Isa

 | August 25, 2012

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mahu pimpinan pusat menentukan perjalanan parti.

KUALA LUMPUR: Kepimpinan PAS Pusat menyerahkan kepada Majlis Syura menentukan nasib bekas Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

“Kita bincang isu politik sahaja. Beliau (Nasharuddin) ahli majlis syura. Kita serahkan kepada mereka untuk menentukan,” kata Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dalam  sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Ini menurut beliau adalah kerana pimpinan PAS pusat “mengutamakan perjalanan bahtera parti yang lebih besar.”

Beliau menjawab soalan  wartawan berhubung  kenyataan Nasharuddin pada 16 Ogos setelah kembali dari Makkah menuduh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai anti – Islam berikutan pendirian Karpal yang menolak pelaksanaan hudud.

Ekoran itu, Karpal menyatakan akan memulakan prosiding undang-undang terhadap Nasharuddin yang bersedia ke mahkamah.

Karpal turut menyatakan bahawa proses pendakwaan pihak bersalah lebih sukar di bawah sistem hudud.

Hadi turut melihat isu Nasharuddin bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak di Mekah sebagai tanda Umno tiada tokoh agama.

Umno hilang tokoh agama

“Kita anggap Umno hilang tokoh agama. Mereka boleh ambil tokoh yang tiada dalam kepimpinan PAS.

“Ini tidak menjejaskan PAS,” kata Hadi.

Berkenaan penentangan Karpal terhadap pelaksanaan hudud pula, Hadi berkata:

“Yang perlu ditarbiyah ialah Umno bukan Karpal.”

Beliau juga yakin penentangan Karpal terhadap hudud sudah berkurangan.

“Sekarang dia hanya tak setuju. Dulu dia kata langkah mayat saya dulu,” kata Hadi sambil merujuk kepada kenyataan Karpal dua dekad lalu.

Beliau menambah PAS akan memperjuang pelaksanaan sistem hudud melalui proses demokrasi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments