Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

KWSP beli tanah RRI RM2.28 bilion

August 27, 2012

Kawasan seluas 2,330 ekar itu ialah untuk pembangunan hartanah kediaman dan komersil, infrastruktur utama dan kemudahan awam bagi jangkaan 150,000 penduduk.

KUALA LUMPUR: Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), telah memuktamadkan harga pembelian pada RM2.28 bilion untuk 93.2 hektar (2,330 ekar) tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.

Pengerusi Kwasa Land Tan Sri Samsudin Osman berkata pembangunan perbandaran Kwasa Damansara yang baru akan menggabungkan rancangan yang bersesuaian dengan sebuah bandar, dengan infrastruktur dan kemudahan moden, kediaman dan komersial yang menyasar untuk memenuhi keperluan keseluruhan kawasan Damansara.

Cadangan pembangunan perbandaran itu dijangka mewujudkan banyak peluang untuk pemaju dan kontraktor mengambil bahagian dalam membangunkan hartanah kediaman dan komersil, infrastruktur utama dan kemudahan awam untuk jangkaan 150,000 penduduk.

“Perancangan pembangunan kini berada pada peringkat kemajuan, dengan pembangunan perbandaran ikonik dijangka bermula tahun depan,” katanya.

Kwasa Land telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju induk dan sebagai syarikat pegangan pelaburan bagi pembangunan keseluruhan perbandaran yang telah diberi pembinaan jangka hayat 15 tahun.

Antara ciri utama dalam pelan reka bentuk dan susun atur ialah hab pembangunan yang terdiri daripada kediaman moden, komersial, rekreasi dan kemudahan pendidikan.

Ia juga akan menggabungkan sistem pengangkutan bersepadu yang menghubungkan perbandaran melalui MRT ke seluruh Lembah Klang, demikian kata Kwasa Land dalam satu kenyataan hari ini.

Pelan induk sedang dimuktamadkan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor untuk kelulusan.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments