Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Demonstrasi bantah tindakan ke atas Nasharuddin

 | August 28, 2012

Bekas Timbalan Presiden PAS itu dihadapkan ke Majlis Syura 9 September depan ekoran gesaannya supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Sekumpulan bekas penyokong PAS di Kedah akan mengadakan demonstrasi bagi membantah sebarang keputusan memecat bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

Bekas ahli PAS dari Yan, Abdullah Hashim berkata, demonstrasi itu bagi menyatakan sokongan kepada Nasharuddin yang pernah menjadi ahli Parlimen Yan pada 1999.

Abdullah pernah mengepalai bantahan kenaikan tarif air oleh syarikat milik kerajaan Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) beberapa tahun lalu.

“Kami akan mengatakan sokongan kepada Nasharuddin kerana keberaniannya mempertahankan Islam.

“Demonstrasi ini akan dsertai oleh bekas dan penyokong-penyokong PAS terutama di Yan,” katanya.

Nasharuddin dihadapkan ke Majlis Syura 9 September depan ekoran gesaannya supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

“Bagi kita, Nasharuddin adalah seorang pemimpin PAS yang bernai mempertahankan parti itu tetapi malangnya ia tidak disenangi oleh pemimpin lain.

“Pemimpin-pemimpin PAS lain pula takut kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Abdullah.

Nasib ahli Parlimen Bachok itu mungkin sama seperti bekas Naib Presiden. Datuk Hasan Ali yang dipecat setelah mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali beberapa bulan lalu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments