Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Felda biaya sepenuhnya saham FGV peneroka

 | August 28, 2012

Felda memperuntukkan RM360.7 juta bagi meringankan beban membeli saham FGVH

FULL REPORT

KUALA LUMPUR: Felda akan membiayai sepenuhnya pembelian 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada peneroka, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau  berkata, untuk itu Felda memperuntukkan RM360.7 juta bagi meringankan beban peneroka membeli saham FGVH.

“Maka peneroka tak perlu meminjam atau mengeluarkan duit sendiri.

“Mereka boleh memiliki saham tersebut dan hanya bayar semula RM50 sebulan sehingga selesai dalam jangkaan tempoh lima tahun tanpa faedah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kumpulan Felda di Bangunan Felda di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan RM5.99bilion dana telah dikreditkan ke dalam akaun Felda, hasil perolehan daripada jumlah keseluruhan RM10.5bilion dana FGVH.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemberian interim dividen sebanyak RM400 kepada peneroka selepas dua bulan FGVH tersenarai dalam Bursa Saham.

Katanya, jumlah dividen itu diperoleh daripada saham FGVH dan 20 peratus hasil yang disalurkan kedalam tabung amanah Yayasan Felda yang dikhaskan untuk peneroka.

“Keuntungan besar ini hasil daripada penyenaraian FGVH yang selama ini ditentang hebat oleh ‘makhluk perosak’,” katanya yang merujuk kepada pembangkang.

Beliau turut berkata saham FGVH kini berada dalam keadaan baik dan yakin mampu mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments