Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Reban ayam terbuka punca masalah lalat di Port Dickson

 | August 28, 2012

Kerajaan negeri arah semua reban ayam terbuka terbabit ditukar kepada kaedah reban ayam tertutup.

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa masalah lalat di daerah ini sikap segelintir pengusaha ladang ternakan ayam yang masih menggunakan sistem ternakan lama iaitu kaedah reban terbuka.

Mohamad mengarahkan supaya semua reban ayam terbuka terbabit ditukar kepada kaedah reban ayam tertutup dan mempertimbangkan tindakan tegas ke atas pengusaha yang degil.

“Kita telah mengeluarkan arahan sejak 10 tahun lalu agar semua reban ayam yang terbuka ditukar kepada kaedah tertutup agar masalah pencemaran bau dapat di kurangkan.

“Namun, masih ada pengusaha yang degil dan sanggup membayar kompaun daripada membina reban yang baru,” kata Mohamad.

Mohamad  berkata disebabkan kedegilan segelintir pengusaha ladang ayam ini masyarakat di kawasan Port Dickson tersebut terpaksa menanggung akibatnya.

`Bau busuk’

“Bukan sahaja bau busuk malah lalat juga semakin banyak

“Tindakan pengusaha yang mementingkan diri sendiri ini memaksa kerajaan kegeri mempertimbangkan tindakan yang lebih tegas selepas ini.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengkaji langkah lebih berkesan bagi memaksa pengusaha terbabit menggunakan kaedah tertutup.

“Jika perlu Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak menarik balik lesen mereka dan tidak akan membenarkan pengusaha tersebut menjalankan perniagaan ladang ternakan ayam itu lagi,” katanya.

FMT menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi dan beliau bersetuju dengan tindakan Mohamad memaksa pengusaha ladang ternakan ayam menggunakan kaedah reban ayam tertutup.

“Walaubagaimanapun masalah lalat di sekitar Port Dickson bukan sahaja berpunca daripada ladang ternakan ayam tersebut tetapi juga disebabkan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Palong di Lukut.

“Menteri Besar pernah berjanji untuk menutup tapak pelupusan sampah tersebut berkuatkuasa Disember 2010. Namun sehingga ke hari ini tapak pelupusan sampah tersebut masih beroperasi dan menjadi ancaman besar kepada penduduk sekitar Port Dickson dan Lukut.

“Selain dari pencemaran bau, tapak pelupusan sampah ini turut mengundang lalat terutama di premis kedai dan gerai menjual makanan”, ujar Ravi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments