Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Anti lompat parti: S’gor sedia timbang

 | August 29, 2012

Sekiranya pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk menggubal undang-undang itu, maka Selangor juga akan mempertimbangkan usaha yang sama.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan usaha untuk melaksanakan undang-undang anti lompat parti di negeri itu seperti yang dicadangkan oleh Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) bersetuju untuk menggubal undang-undang itu, maka Selangor juga akan mempertimbangkan usaha yang sama.

“Itu bukan isu besar (undang-undang anti lompat parti) tetapi tanggungjawab Pakatan untuk belajar daripada pelajaran lepas dari segi memilih mereka yang bertanding dalam parti.

“Ini kerana dalam pemilihan itu perlu ambil yang benar-benar sedia wakili parti,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini petang ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini berkata undang-undang anti lompat parti yang dicadang di negeri itu bukan mahu menyekat kebebasan berpersatuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.

Tawaran harga baru

Sementara itu, Selangor akan umumkan tawaran harga baru bagi penstrukturan semula industri air kepada empat konsesi yang terlibat dalam tempoh dua minggu lagi.

Abdul Khalid berkata empat konsesi itu adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abass Sdn Bhd (Abbas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Sebelum ini empat syarikat konsesi air terbabit ditawarkan RM9.5 bilion bagi membolehkan kerajaan negeri membuat penstrukturan semula industri air namun ditolak Syabas dan Puncak Niaga.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin bahawa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, tarif air tidak akan naik sehingga 70 peratus, Abdul Khalid berkata tiada perkara percuma.

“Dana mesti dibayar sama ada melalui cukai atau kos tarif yang akan disalurkan untuk pembayaran.

“Tiada perkara percuma, adapun geran bagi kepada Selangor adalah hasil kutipan cukai rakyat dan kita dah bayar dari awal. Kenyataan menunjukkan beliau kurang faham tentang belanjawan negara,” katanya.

Abdul Khalid turut menjelaskan mereka yang mempunyai meter persendirian sejak 2008 akan menerima air percuma.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan membayar air percuma kepada penduduk yang tidak mendapat air percuma seperti didakwa Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Ketika ditanya sekiranya penduduk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri, beliau ringkas menjawab ‘silakan’.

Malah beliau berkata bahawa manifesto Pakatan untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor bukanlah satu perjanjian.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments