Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pemuda Gerakan Kedah cadang wujud jawatan Timb MB

August 29, 2012

Keadaan itu dilihat perlu bagi membantu tugas Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kerap mengambil cuti sekarang kerana masalah kesihatan.

ALOR SETAR: Pemuda Gerakan Kedah hari ini menyarankan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS meminda perlembagaan negeri bagi mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata keadaan itu dilihat perlu bagi membantu tugas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kerap mengambil cuti sekarang kerana masalah kesihatan.

“Pulau Pinang dan Kelantan yang dikuasai pakatan pembangkang boleh melantik timbalan ketua menteri dan menteri besar, mengapa Kedah tidak boleh melakukannya,” katanya pada sidang media, di sini.

Tan berkata akibat masalah kesihatan, Azizan tidak dapat mengadakan mesyuarat exco kerajaan negeri selama tiga minggu berturut-turut sejak Ramadhan lepas.

Tiada mesyuarat exco bermakna banyak perkara penting membabitkan rakyat yang memerlukan persetujuan menteri besar tertangguh, katanya.

“Keadaan ini menyebabkan rakyat terbeban dan kesusahan. Malah kestabilan politik juga boleh terjejas. Sekiranya jawatan timbalan menteri besar diwujudkan perkara ini dapat dielakkan,” katanya.

Bernama difahamkan mesyuarat exco yang dijadual hari ini juga tidak diadakan kerana Azizan belum masuk bertugas kerana tidak sihat. Menteri Besar itu juga tidak menghadiri jamuan Hari Raya Menteri Besar yang diadakan di sini pada Sabtu lepas.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments