Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Seksyen 114A: KJ nafi amaran oleh Kabinet

 | August 29, 2012

Menurut Khairy, yang berlaku hanya perbincangan membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz, Peguam Negara dan Peguam Cara Negara.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan bahawa beliau diberi amaran oleh Kabinet berikutan penentangan beliau terhadap seksyen 114A Akta keterangan 1950.

“Selesai meeting dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri & AG (Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail). Soal “reprimand” tidak timbul. Laporan Mkini tidak betul. Meeting ttg pro & contra #114A,” kata Khairy melalui akaun Twitter.

Portal berita Malaysiakini pada pagi ini melaporkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu dan Khairy Jamaluddin diberi amaran berikutan pendirian mereka yang bertentangan dalam isu seksyen 114A Akta Keterangan.

Mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata:  “Nazri maklum pada saya, Kabinet putus tidak akan pinda #114A Akta Keterangan. Saya beri beberapa hujah kenapa perlu dipinda semula.

“Satu jam setengah berhujah & mendengar respons dari AG & Solicitor General yg turut hadir ttg 114A,” kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi menerusi Twitter.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan tidak akan meminda seksyen 114A.

Percubaan FMT untuk mendapatkan ulasan lanjut daripada beliau gagal meskipun panggilan dibuat beberapa kali.

Seksyen 114A ditentang oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pengguna Internet kerana ia meletakkan beban pembuktian ke atas pihak tertuduh dan tidak berlandaskan prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Penentangan ini terserlah apabila kumpulan NGO Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menganjurkan kempen Hentikan 114A pada 14 Ogos.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments