Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Dwistandard dalam pelaksanaan AUKU

 | August 30, 2012

AUKU telah mematikan nadi yang memperkasakan para mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi.

PETALING JAYA: PKR memuji langkah Universiti Malaya yang maju ke hadapan dalam melaksanakan perubahan berdasarkan undang-undang walaupun ia lapuk dan mencacatkan proses transformasi yang diuar-uarkan selama ini.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, sekurang-kurangnya Universiti tersebut tidak bermuka-muka dalam menegaskan pendirian anti-demokratiknya dalam penguatkuasaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan AUKU di Universiti Malaya yang telah mengemaskini peraturan tatalaku para mahasiswa berkenaan penglibatan dalam arena politik.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, AUKU mengandungi sekatan yang merugikan dan menafikan para mahasiswa sebuah pendidikan yang lebih holistik.

Beliau menegaskan, AUKU telah mematikan nadi yang memperkasakan para mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi dan budaya pembelajaran yang perlu dihormati oleh setiap individu.

“Ini selaras dengan hak-hak yang digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia. Sedang pihak universiti mempraktikkan pelaksanaan undang-undang yang lapuk ini.

“Apa yang harus dipersoalkan ialah adakah kabinet Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) masih efektif memandangkan keputusan oleh sayap Pemudanya untuk mengambil langkah mendekati para mahasiswa di IPTA walaupun tidak mendapat sebarang restu dari Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi?,” soal beliau.

Tegas Nurul, “saya ingin menegur pengamalan dwistandard dalam pelaksanaan undang-undang yang lapuk ini kerana ternyata sayap Pemuda Umno menyetujui langkah proaktif PKR yang telah menubuhkan Mahasiswa Keadilan dengan lebih awal.

“Initiatif sayap Pemuda Umno untuk mendekati para mahasiswa bagi mendapatkan sokongan politik adalah bukti sokongan mereka terhadap memperkasakan para mahasiswa dari cengkaman AUKU,” tambahnya.

Justeru itu katanya, sebagai langkah susulan, beliau menjemput Khaled Nordin  dan timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam kewujudan kaukus penggantian AUKU dalam sidang Parlimen dan seterusnya menangani isu ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments