Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Orang kanan Isa Samad bakal Pengarah Besar Felda?

 | August 30, 2012

Nama Timbalan Pengarah Felda Faizoull Ahmad disebut-sebut kerana 'kesetiaannya' pada Pengerusi Felda itu.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa jawatan Pengarah Besar Felda yang sebelum ini milik Datuk Dzulkifli Abdul Wahab akan digantikan dengan ‘orang kanan’ Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Presiden Anak Mazlan Aliman mendakwa, Timbalan Pengarah Felda Faizoull Ahmad disebut-sebut menjadi calon terdekat pengganti Dzulkifli kerana ‘kesetiaannya’ pada Isa Samad.

Katanya, nama Faizoull sudah pun dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Jika dakwaan ini benar, maknanya cadangan Isa Samad untuk
menyingkirkan Dzulkifli terlaksana,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.

Namun Mazlan mendakwa, Faizoull sebaliknya tidak layak duduk di kerusi Pengarah kerana masih junior berbanding dua lagi Timbalan Pengarah Felda lain, tambahan beliau hanyalah pegawai Gred 54.

Beliau berkata setakat ini kerusi Pengarah kosong berikutan Dzulkifli ‘dipinjamkan’ ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Rom, Itali.

Oleh itu, Mazlan berkata pihaknya berharap Najib dapat
mempertimbangkan semula pelantikan Faizoull kerana kelayakannya jauh berbeza berbanding Dzulkifli yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam Felda.

“Kita akan pastikan Dzulkifli dapat semula jawatannya dan tamatkan perkhidmatan Isa Samad sekirannya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments