Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Selangor sambut Merdeka di Shah Alam malam ini

August 30, 2012

Bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa, sambutan itu akan berlangsung bermula pada jam 8.30 malam.

Oleh: Khaulah Azwar

SHAH ALAM: Sempena Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri, kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat akan meraikan sambutan tersebut malam ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa, sambutan itu akan berlangsung bermula pada jam 8.30 malam.

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sambutan itu  akan diserikan dengan kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.

Justeru, “orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Khalid mewakili barisan pimpinan Kerajaan Negeri juga mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan dan Selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments